SMK Badrul Alam Shah, Kemasek telah ditubuhkan pada 15 Januari 1967 dengan nama SMK Kemasek.
Jumlah murid pada tahun itu adalah sebanyak 103 orang dan 7 orang guru.
Pada 23 Ogos 1969, sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh Menteri Pelajaran Malaysia,YB Dato' Haji Abdul Rahman Yaakub.
Pada tahun ini juga, sebanyak 34 orang calon Sijil Rendah pelajaran daripada 70 calon telah lulus dan layak ke tingkatan 4.
Oleh itu pada 1970, sebuah kelas tingkatan 4 telah diwujudkan.
Pada tahun 1971, sekolah ini buat kali pertamanya telah mengemukakan calon dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Seorang calon telah berjaya mendapat pangkat 1, 3 orang calon mendapat pangkat 2 dan 17 calon mendapat pangkat 3 dengan peratus lulus sebanyak 84%.
Semenjak sekolah ini ditubuhkan ,SMKBAS telah
mengalami banyak perubahan.
Pada tahun 1997, kelas Tingkatan 6 dibuka di sekolah ini dan pada tahun 1998, kumpulan pertama pelajar berkenaan menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.
Pada tahun 2001, Kelas Rancangan Khas (KRK) diwujudkan di sekolah ini.
Sebuah Kelas Pendidikan Khas ditubuhkan pada tahun 2009.